Saturday, 4 April 2015
Indahnya rasa itu.
Apa yang dimaksudkan dengan cinta? bagi aku cinta adalah satu pengorbanan yang tak terhingga. walaupun aku terluka cukup melihat orang yang aku sayang bahagia dah cukup bagi aku. pelikkan cinta. tapi cinta aku kepada pencipta aku takkan pernah pudar sampai bila-bila iaitu allah S.A.W.Perasaan cinta itu sangat indah. Namun terkadang perasaan itu juga yang akan membuatkan kita menderita seumur hidup. Menyintai dan dicintai adalah sesuatu perkara yang dinginkan setiap manusia. Dicintai seseorang adalah sesuatu perkara yang terindah yang kita akan rasa. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayang. Sampai sanggup bergadai maruah, nyawa, wang dan sebagainya. terkadang apa yang buruk tentang pasangan kita, kita tak akan nampak. malah kita akan menafikannya. itulah dinamakan cinta itu buta. Bila bercinta semuanya indah, namun bila putus semua nampak buruk. ada sahaja yang kita akan burukkan pasal dia. cinta tu kadang-kadang memang pelik dan aneh. macam-macam rasa yang kita akan dapat bila adanya perasaan cinta. namun bagi sesiapa yang merasai perasaan itu, percayalah perasaan itu sangat unik dan indah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment