Tuesday, 14 April 2015
Just Smile
Terkadang allah mempertemukan kita dengan seseorang bukan untuk dimiliki tetapi sebagai satu ujian untuk kita lalui. Walau terlampau sayang mana pun kita terhadap seseorang itu tak bermakna kita boleh memiliki dirinya. Cinta tak mungkin dan tak boleh dipaksa. Tak guna kalau kita bersama dengan seseorang itu kalau rasa ikhlas, sayang dan cinta itu tiada dalam dirinya. Lebih baik melepaskan dirinya dan melihat dirinya bahagia adalah perkara terbaik yang kita boleh lakukan daripada terseksa seumur hidup. Cinta memang terlampau banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Walaupun pahit untuk kita dilalui. Dan mungkin kenangan adalah hadiah terakhir yang kita boleh jaga di dalam hati dan menjadi peneman hidup kita untuk selama-lamanya. Walaupun kenangan itu pahit untuk disimpan di dalam hati jangan sesekali kita cuba untuk melupakannya. Kerana setiap kenangan yang terjadi adalah perkara terindah yang telah kita lalui dalam hidup kita dan tak mungkin kenangan itu mampu kita laluinya sekali lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)