Wednesday, 16 December 2015

Cinta antara kau dan aku

Pada awal perkenalan kita. Mcm2 yg dah terjadi. Saya ingt lagi msa mula2 kita kenal. Awk add saya dkat wechat. Time tu buat people nearby then add saya. Awk add sbb pelik org perak ada kat melaka. Time tu saya ada pertandingan kat melaka. Awk chat saya. Then kita knal2 mcm tu jew. Lpas tu awk senyap. Hilang entah kemana. Mybe time tu saya ade bf. Dan awk ade gf. Tpy satu hari tu. Saya update pasal bufday saya. Awk tetiba je chat saya. Then tnya btul kew bufday awk 3 january. Awk pon ckp. Tak sangka bufday kita sama. Start pada situ. Awk mula chat saya blek. Awk mnx nombor sy. Kita mula rapat. Awk buat saya gelak. Mnngis. Sakit hati dan mcm2 lagi. Stiap hari awk chat saya dan call saya. Time tu saya ngan bf mmg tengah ada problem. Saya dpt taw dia ada org lain. Bila saya sedih awk sentiasa ada happy kn saya. Lpas bbrpa bulan. Awk ajk saya couple. Tpy saya menolak. Sbb msa tu saya still ngan bf saya. Wlaupun dia dah tak lyan saya. Slgi dia tak lepaskn saya. Saya tak leh trima org lain. Sbb saya tak suka curang. Wlaupun saya sedar. Msa tu saya mmg da mula jatuh cinta ngn awk. Lpas jew saya tolak awk. Stiap hari awk cari psal ngan saya. Awk buat saya mnngis then awk pujuk blek. Walaupun awk slalu buat cam tu ngan saya tetap tak jemu. Trkadang awk maki saya. Mrh saya tnpa sbb. Tpy saya ttap tak jemu. Mngkin sbb hati niyh dah trtarik pada awk. Walaupun awk suka brksar ngan perempuan. Awk tak hipokrit. Sbb saya kenal awk. Awk bknnye jenis romantik. Tak pndai tunjuk kn prsaan awk. Sbb ngan prngai awk tu la buat saya jatuh cinta.

Sambung........

Wednesday, 2 September 2015

LOVE YOU MR.OWL






Terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya. terima kasih sebab awak pulihkan luka dihati saya niyh. Saya harap sangat awak org terakhir dalam hidup saya. Walaupun pada awal perkenalan kita cuma sebagai sahabat kemudian bertukar kepada sebaliknya. Saya sentiasa terima awak dalam hidup saya walaupun hati saya banyak kali awak lukai. saya sentiasa maafkan awak. sebab saya betul2 da serahkan hati saya hanya untuk awak.

Tuesday, 14 April 2015

Just Smile

Terkadang allah mempertemukan kita dengan seseorang bukan untuk dimiliki tetapi sebagai satu ujian untuk kita lalui. Walau terlampau sayang mana pun kita terhadap seseorang itu tak bermakna kita boleh memiliki dirinya. Cinta tak mungkin dan tak boleh dipaksa. Tak guna kalau kita bersama dengan seseorang itu kalau rasa ikhlas, sayang dan cinta itu tiada dalam dirinya. Lebih baik melepaskan dirinya dan melihat dirinya bahagia adalah perkara terbaik yang kita boleh lakukan daripada terseksa seumur hidup. Cinta memang terlampau banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Walaupun pahit untuk kita dilalui. Dan mungkin kenangan adalah hadiah terakhir yang kita boleh jaga di dalam hati dan menjadi peneman hidup kita untuk selama-lamanya. Walaupun kenangan itu pahit untuk disimpan di dalam hati jangan sesekali kita cuba untuk melupakannya. Kerana setiap kenangan yang terjadi adalah perkara terindah yang telah kita lalui dalam hidup kita dan tak mungkin kenangan itu mampu kita  laluinya sekali lagi.

Saturday, 4 April 2015

Indahnya rasa itu.

Apa yang dimaksudkan dengan cinta? bagi aku cinta adalah satu pengorbanan yang tak terhingga. walaupun aku terluka cukup melihat orang yang aku sayang bahagia dah cukup bagi aku. pelikkan cinta.  tapi cinta aku kepada pencipta aku takkan pernah pudar sampai bila-bila iaitu allah S.A.W.Perasaan cinta itu sangat indah. Namun terkadang perasaan itu juga yang akan membuatkan kita menderita seumur hidup. Menyintai dan dicintai adalah sesuatu perkara yang dinginkan setiap manusia. Dicintai seseorang adalah sesuatu perkara yang terindah yang kita akan rasa. Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayang. Sampai sanggup bergadai maruah, nyawa, wang dan sebagainya. terkadang apa yang buruk tentang pasangan kita, kita tak akan nampak. malah kita akan menafikannya. itulah dinamakan cinta itu buta. Bila bercinta semuanya indah, namun bila putus semua nampak buruk. ada sahaja yang kita akan burukkan pasal dia. cinta tu kadang-kadang memang pelik dan aneh. macam-macam rasa yang kita akan dapat bila adanya perasaan cinta. namun bagi sesiapa yang merasai perasaan itu, percayalah perasaan itu sangat unik dan indah. 


Tuesday, 31 March 2015

CARA-CARA BUAT PLAYDOUGH

Aku ingt kn nk jadi cikgu tadika ni senang. tapi tak sangka sesusah ni. aduh pening aku. mcm2 assignment yg buat aku pening kpla. ni adalah slh satu assignment aku yg bgi aku agk mncabar la.

cara-cara buat playdough :

2 cawan tepung
2 cawan air
1 cawan garam
2 sudu besar minyak masak
pelbagai jenis warna mengikut kesukaan anda

cara-cara


Gaulkan tepung bersama garam. selepas itu masukkan minyak dan juga air. air masukkan sedikit demi sedikit kerana takut doh tu menjadi terlampau lembik. gaulkan sehingga sebati. kemudian masukkan perwarna dan uli sehingga sebati. 


Ni antara contoh bentuk yg aku da buat.







Friday, 27 February 2015

TERIMA DENGAN HATI TERBUKA

Sakitnya bila hati terluka. Sakitnya bila ditinggalkan. Tapi sakit lagi apabila cinta ditolak. Dan bertambah sakit lagi apabila cinta bertepuk sebelah tangan. Namun apa yang mampu aku lakukan hanya tersenyum. Semuanya atas kehendak darinya. Apabila dia berkata kun faya kun. jadilah. Maka jadi lah ia. Jodoh semua ditangan tuhan. Walau sayang mana pun kita kat dia. Apabila dia bukan jodoh kita. Kita tak mampu berbuat apa-apa. Melainkan redha dengan qada dan qadar allah s.w.t. Apa yang terjadi pastinya ada hikmah disebaliknya. Kita hanya mampu merancang sebaliknya dia yang menentukan segalanya. Mengenali kamu adalah sesuatu yang membahagiakan dalam hidup aku. Mula menyintai kamu adalah sesuatu yang menyeronokan bagi ku. Melupakan kamu adalah perkara yang tak mampu aku lakukan.